UCAPAN RAYA TUAN PENGARAH AMBILAN JULAI DI BUKA ALASAN...ALASAN...ALASAN STAF KKLJ BERAYA SALAM PERPISAHAN JOM LIKE FACEBOOK PAGE

Tuesday, August 25, 2015

HARI TERBUKA KKLJ

Horreeeyyyy!!!

Cepat-cepat ambil kalendar atau telefon bimbit….Pastikan tarikh 5 september 2015 ini kosong untuk anda dapat hadirkan diri ke Kolej Komuniti Ledang.


Mengapa?

Pada tarikh tersebut, Kolej Komuniti Ledang akan mengadakan Hari Terbuka. Sesiapa sahaja boleh hadirkan diri, pelbagai pameran, gerai jualan, pertandingan dan Kursus Pendek dijalankan. Anda boleh rujuk poster di bawah.


Bukan senang untuk mendapat ilmu semurah ini, jangan lepaskan peluang anda!!! Pembelajaran Sepanjang Hayat, tidak kira usia dan bangsa!! Ayuh hubungi nombor yang tertera.

Tapi apa KJ lakukan pada hari itu?

KJ akan menguruskan pertandingan petanque double, jadi jika anda ingin mengenali sukan petanque serta ingin bermain, bolehlah hadir pada 5 September 2015 di Kolej Komuniti Ledang. Jumpa anda di sini nanti!!!


Friday, August 21, 2015

TIPS MENCAPAI IMPIAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baru-baru ini, KJ menerima satu telegram daripada bekas pelajar KJ. Pada mulanya sekadar bertanya khabar, dan terus rancak berbalas teks menyentuh pelbagai isu sehinggalah akhirnya dia teks KJ seperti berikut



KJ bukan hendak mengatakan yang KJ sudah Berjaya, tetapi sebagai seorang pensyarah kita perlulah membantu sekurang-kurangnya meringankan apa yang patut. Banyak juga impian KJ tidak tercapai lagi, salah satu contohnya KJ hendak KURUS!

Jadi di sini KJ hendak kongsikan TIPS MENCAPAI IMPIAN yang KJ tahu.

Pertama, pastikan apa yang kita impikan. Pastikan dengan jelas apa yang anda impikan. Jangan terlalu umum seperti ‘Aku hendak berjaya’, terlalu umum, Berjaya dari segi apa? Contohnya KJ hendak kurus dan sihat, mencapai berat ideal 80 kilogram, dan mempunyai six packs, menjadi abang Sado hehe..

Kedua, tulis pada kertas. Ini adalah sebagai simpanan untuk rujukan dan ingatan yang mendalam. Kalau sekadar ingat sahaja, anda akan cepat lupa. Maka tulis atas kertas dan tampal pada tempat yang anda biasa lihat dan sesuai. Contohnya, KJ hendak kurus. Maka KJ akan lekatkan kertas pada ruang dapur, dalam kereta dan dalam beg duit. Ini akan memperingati KJ supaya bijak dalam memilih makanan. Anda boleh juga memberitahu impian anda kepada orang yang terdekat dengan anda sebagai galakkan.

Ketiga, Pastikan tarikh untuk mencapai impian tersebut. Okay disebabkan KJ baru nak mula semula impian hendak Kurus, maka KJ tetapkan tarikh untuk mencapai impian baru KJ ini lagi dua bulan, sama tarikh dengan hari jadi KJ, boleh merayakan sekali kejayaan Berjaya kurus hehe

Keempat, Senaraikan langkah-langkah yang dapat di ambil. Kalau macam impian KJ ini, memastikan pemilihan makanan yang betul, bersenam dan membaca buku atau facebook berkaitan kesihatan seperti facebook KevinZahri.

Kelima, banyakkan bersabar. Setiap kejayaan itu memerlukan pengorbanan, jadi anda perlu banyak bersabar dan jangan cepat menyerah kalah.

Akhir sekali, Aturkan perkara mengikut keutamaan. Pastikan anda melakukan perkara yang dirancang dan menyumbang kepada kejayaan bukan sebaliknya. Contohnya, KJ perlu mengelakkan makanan-makanan segera dan makan lewat malam (tabiat yang masih sukar ditinggalkan).


Dengan ini, KJ melancarkan impian Aku Nak Sihat!!!Tunggu lagi 2 bulan untuk melihat hasilnya!


Wednesday, August 19, 2015

PROGRAM JELAJAH KAMPUNG SIRI 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini KJ hendak kongsikan atau senang kata mempromosikan satu program yang akan di jalankan oleh Kolej Komuniti Ledang iaitu Program Jelajah Kampung Siri 4.. Sudah masuk siri 4, tinggal lagi 2 siri sebelum ianya melabuhkan tirai.

Apa yang ada di Program Jelajah Kampung Siri 4 ini?



Senang kata ia adalah program yang mendekatkan KolejKomuniti Ledang dengan penduduk kampong di samping memperkenalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Program ini akan dijalankan pada hari Sabtu ini, 22 Ogos 2015 dari pukul 8.00 pagi sehingga 2.00 petang di Dewan Wawasan, Kg Pt Simpang, Kundang Ulu. Jadi kepada anda semua yang berada di kawasan berhampiran, jomlah datang beramai-ramai memeriahkannya.

Pelbagai aktiviti menarik telah diaturkan, antaranya Kursus Smart Solat, Kursus Azan, Kursus Asas Tajwid, Kursus Penggayaan tudung / shawl, Kursus Ukiran Buah, Kursus Asas Masakan Char Kuey Teow, Kursus Jom Kenali Asas Akaun, Kursus Servis Motosikal, dan Kursus Servis Penghawa Dingin Kereta. Kesemua kursus ini hanya berharga RM 5.00 sahaja. Rugi jika anda tidak merebut peluang ini kerana jika anda mengambil kursus yang hampir serupa di luar, harganya pasti mencecah puluhan ringgit.

Selain dari itu, turut juga ada Gerai Jualan dan Gerai Pameran. Jika anda hadir, pastikan anda membeli aiskrim di gerai kami ye, Gerai PPU.




Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh sahaja menghubungi saya atau di facebook Jabatan Pembelajaran Sepanjang HayatKolej Komuniti Ledang. Jumpa anda di sana!

Friday, August 7, 2015

PERNIAGAAN PERLU KREATIF

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semua orang ingin berniaga, tetapi perniagaan yang kreatif atau berbeza daripada kebiasaan biasanya akan mendapat sambutan. Contohnya yang terbaru, Kilang Bateri Tampoi.


KJ pun tertarik dengan konsepnya dan terasa hendak pergi jika singgah Johor Baharu. Disini KJ ingin berkongsi antara ciri-ciri Kreativiti dalam perniagaan.

Pertama, bidang perniagaan yang hendak dilakukan perlulah tulen, bukan terikut-ikut ataupun tiru. Apabila difikirkan sendiri idea perniagaan itu, maka kita akan tahu halatuju perniagaan kita. Maka perlu kreatif dalam menentukan idea perniagaan.

Kedua, kita perlu kreatif dalam meningkatkan pengeluaran atau jualan. Ini kerana apabila pengeluaran meningkat, ia akan turut meningkatkan pemasaran dan sekaligus meningkatkan pendapatan. Cuba ambil masa sejam sehari untuk memikirkan cara untuk mempertingkatkan lagi hasil jualan dan pastikan juga perbelanjaan tidak mengatasi jualan. Boleh baca tips bahagian kewangan

Ketiga, kreatif untuk membuat perubahan bagi menyesuaikan keadaan. Contohnya, filem Kodak pada suatu ketika dahulu sangat terkenal, tetapi disebabkan perubahan dan kemajuan teknologi telah melenyapkannya. Kodak tidak membuat perubahan bagi menyesuaikan keadaan. Begitu juga, jika anda melaksanakan perniagaan. Pastikan anda dapat menyesuaikan dengan keadaan. Mengambil tahu perubahan sekeliling

Keempat, anda perlu sentiasa berfikiran analitis dan mampu melihat perkara yang berada di bawah permukaan. Ini bermakna anda kena sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Senang cerita, untuk anda menjalankan perniagaan anda perlu kreatif iaitu tidak terlalu terikat dengan perkara kebiasaan sehingga susah untuk berubah dan bersifat berani untuk berubah.



Nota kaki: Kepada sesiapa yang hendak meletakkan produknya di Koperasi Kolej Komuniti Ledang dan meletakkan iklannya di blog ini, bolehlah menghubungi KJ di Facebook

Tuesday, August 4, 2015

JANGAN BERTANGGUH

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Orang tua selalu berkata kalau hendak berjaya, jangan bertangguh, lakukan sekarang. Jika anda hendak kekayaan, buatlah keputusan untuk menjadi kaya sekarang. Jangan melengah-lengahkan masa.

Orang juga berkata, sifat bertangguh ini amalan syaitan. Tetapi syaitan tidak pernah bertangguh menghasut manusia untuk melakukan kejahatan. Jadi bertangguh ini amalan siapa?

Apabila anda ada sesuatu yang hendak dibuat, teruskan buat. Jangan biasakan menunggu petang sikitlah. Tunggu esoklah. Mesti kerja itu tidak akan menjadi. Percayalah!!


Elakkan bertangguh!! Kuatkan semangat di dalam diri!!


Sunday, August 2, 2015

MENGAPA PERNIAGAAN ONLINE?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perniagaan merupakan suatu aktiviti jual beli yang bermotifkan keuntungan. Dalam Islam, perniagaan haruslah memenuhi tuntutan syariah dari segi halal dan haram. Kebanyakkan orang pada masa kini telah terjebak dalam dunia perniagaan. Perniagaan Online telah menjadi pilihan utama pada masa kini tidak kira sama ada dilakukan sepenuh masa atau separuh masa.

Mengapa?

Perniagaan Online dapat menjimatkan masa dan tenaga. Peniaga tidak perlu membayar kos sewa kedai, kos mengupah pekerja dan pasarannya juga amat luas. Peniaga boleh membuat perniagaan dirumah asalkan mempunyai talian internet.

Selain itu, pembeli tidak lagi perlu ke kedai untuk mendapatkan barang yang diingini. Mereka hanya perlu duduk dihadapan komputer dan memilih produk yang digemari. Kemudian melakukan pembayaran dan barangan akan diposkan. Mudah bukan?

Tambahan pula, kini pelbagai jenis produk sudah terdapat di perniagaan online. Barang bersaiz kecil sehingga yang besar seperti barangan antik, makanan, minuman, dan barang permainan. Kepercayaan rakyat Malaysia terhadapa jual beli online semakin meningkat. Ada juga barangan yang dibeli secara online lebih murah daripada harga pasaran.


Jadi, terpulang pada anda sama ada ingin berniaga secara online, atau offline atau kedua-duanya sekali (lebih bagus). 


Saturday, August 1, 2015

PELUANG HANYA TIBA SEKALI

Pernahkah anda merasa rugi kerana tidak merebut sesuatu peluang?

Dulu, KJ banyak kali merasa seperti itu lebih-lebih lagi semasa zaman sekolah. Cikgu selalu menawarkan sesuatu peluang kepada KJ tetapi peluang itu ditolak mentah-mentah kerana KJ merasa tidak yakin pada diri sendiri.

Tetapi sekarang KJ pantang nampak sesuatu peluang, pasti akan KJ cuba menyambutnya. Peluang di sini bermaksud perkara-perkara baik bukan sebaliknya, seperti KJ akan cuba menjadi pengacara majlis jika di beri peluang bagi menambahkan keyakinan dan sebagainya.

Sesuatu peluang keemasan kebiasaannya hanya datang sekali sahaja, jika anda tidak menyambutnya anda yang rugi. Jika peluang itu tiba dua kali, anda memang seorang yang bernasib baik.  Jangan disia-siakan peluang yang ada. Setiap peluang yang tidak disambut akan dipungut oleh orang lain.


Contohnya, anda mendapat peluang untuk menyambung pelajaran, tetapi anda telah mensia-siakannya dengan ponteng kelas sehingga anda dibuang Kolej. Anda telah insaf dan ingin menyambung semula pelajaran tetapi telah disenaraihitamkan. Anda terpaksa bekerja dengan membuat kerja-kerja yang layak dengan tahap pendidikan anda. Kawan-kawan anda telah menyambung pelajaran sehingga tamat dan bekerja dengan gaji yang lebih tinggi. Anda menyesal dengan tindakan anda dahulu. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna. Jadi rebutlah peluang ketika ia hampir kepada kita. Jangan mensia-siakannya.


Nota: Pengambilan pelajar sesi November 2015 Kolej Komuniti Ledang bagi Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara, Sijil Pastri, Sijil Pengoperasian Perniagaan dan Sijil Kenderaan Ringan telah dibuka sekarang. Daftar segera di Laman Web Kolej Komuniti Ledang atau datang terus ke sini. Jumpa anda November nanti!