UCAPAN RAYA TUAN PENGARAH AMBILAN JULAI DI BUKA ALASAN...ALASAN...ALASAN STAF KKLJ BERAYA SALAM PERPISAHAN JOM LIKE FACEBOOK PAGE

Friday, August 21, 2015

TIPS MENCAPAI IMPIAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baru-baru ini, KJ menerima satu telegram daripada bekas pelajar KJ. Pada mulanya sekadar bertanya khabar, dan terus rancak berbalas teks menyentuh pelbagai isu sehinggalah akhirnya dia teks KJ seperti berikut



KJ bukan hendak mengatakan yang KJ sudah Berjaya, tetapi sebagai seorang pensyarah kita perlulah membantu sekurang-kurangnya meringankan apa yang patut. Banyak juga impian KJ tidak tercapai lagi, salah satu contohnya KJ hendak KURUS!

Jadi di sini KJ hendak kongsikan TIPS MENCAPAI IMPIAN yang KJ tahu.

Pertama, pastikan apa yang kita impikan. Pastikan dengan jelas apa yang anda impikan. Jangan terlalu umum seperti ‘Aku hendak berjaya’, terlalu umum, Berjaya dari segi apa? Contohnya KJ hendak kurus dan sihat, mencapai berat ideal 80 kilogram, dan mempunyai six packs, menjadi abang Sado hehe..

Kedua, tulis pada kertas. Ini adalah sebagai simpanan untuk rujukan dan ingatan yang mendalam. Kalau sekadar ingat sahaja, anda akan cepat lupa. Maka tulis atas kertas dan tampal pada tempat yang anda biasa lihat dan sesuai. Contohnya, KJ hendak kurus. Maka KJ akan lekatkan kertas pada ruang dapur, dalam kereta dan dalam beg duit. Ini akan memperingati KJ supaya bijak dalam memilih makanan. Anda boleh juga memberitahu impian anda kepada orang yang terdekat dengan anda sebagai galakkan.

Ketiga, Pastikan tarikh untuk mencapai impian tersebut. Okay disebabkan KJ baru nak mula semula impian hendak Kurus, maka KJ tetapkan tarikh untuk mencapai impian baru KJ ini lagi dua bulan, sama tarikh dengan hari jadi KJ, boleh merayakan sekali kejayaan Berjaya kurus hehe

Keempat, Senaraikan langkah-langkah yang dapat di ambil. Kalau macam impian KJ ini, memastikan pemilihan makanan yang betul, bersenam dan membaca buku atau facebook berkaitan kesihatan seperti facebook KevinZahri.

Kelima, banyakkan bersabar. Setiap kejayaan itu memerlukan pengorbanan, jadi anda perlu banyak bersabar dan jangan cepat menyerah kalah.

Akhir sekali, Aturkan perkara mengikut keutamaan. Pastikan anda melakukan perkara yang dirancang dan menyumbang kepada kejayaan bukan sebaliknya. Contohnya, KJ perlu mengelakkan makanan-makanan segera dan makan lewat malam (tabiat yang masih sukar ditinggalkan).


Dengan ini, KJ melancarkan impian Aku Nak Sihat!!!Tunggu lagi 2 bulan untuk melihat hasilnya!


No comments:

Post a Comment