UCAPAN RAYA TUAN PENGARAH AMBILAN JULAI DI BUKA ALASAN...ALASAN...ALASAN STAF KKLJ BERAYA SALAM PERPISAHAN JOM LIKE FACEBOOK PAGE

Wednesday, June 29, 2016

SIAPA KITA TANPA AYAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ayah!!

Abah!!

Daddy!!

Father!!

Untungnya siapa yang masih ada ayah....Abam sudah tiada ayah, sejak 28 Disember 2012. Sentiasa abam ingat tarikh itu. Abam terlalu rindu abah!!!

Video ini telah buat mata abam berkaca. Biasalah seorang ayah ini susah hendak menunjukkan kasih sayangnya. Mungkin sebab ego seorang lelaki. Abam sendiri pun susah nak menunjukkan kasih sayang abam pada adik-adik abam dan pelajar abam. Tetapi abam selalu mengambil berat dan risau akan masa hadapan mereka. Sentiasa memberi nasihat dan membantu apabila susah.

Itulah, video ini memberi pengajaran yang sangat besar kepada abam. Masa adalah anugerah paling bermakna. Kita tidak mampu untuk mengundurkan masa. Sesibuk mana pun kita, carilah masa untuk bersama orang tersayang. Hargailah orang sekeliling kita!!!

tekan gambar bagi melihat video penuh

Abam selalu tengok semasa pendaftaran pelajar ke Kolej Komuniti Ledang, ibubapa penuh harapan yang tinggi untuk melihat anak mereka berjaya. Jadi janganlah mempersia-siakannya!!! Video ini hampir sama dengan situasi pelajar abam suatu dahulu.

NOTA
Kepada pelajar lepasan SPM, yang tidak tahu ingin sambung belajar di mana dan ingin menjadi juara, bolehlah menyambung pelajaran di Kolej Komuniti Ledang. Ada Sijil Pengoperasian Perniagaan, Sijil Kenderaan Ringan, Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara dan Sijil Pastri. Sesi Kemasukan pelajar sesi Julai 2016 telah dibuka. Ayuh, jangan ketinggalan!!!!

Sekian,

Facebook : KJ Kun
WeChat : kjkun86
Instagram: khairuljohari86
Call / SMS / WhatsApp : 0176807564

************************************

Pesanan Admin
1. Like Facebook KJ Brand bagi mengetahui produk-produk terbaru dari admin
2. Kepada penduduk sekitar Jasin dan Tangkak yang mencari cikgu/tutor subjek matematik dan matematik tambahan, boleh hubungi KJ di 0176807564. Tempat terhad dan bayaran berpatutan.

************************************

Anda juga mungkin meminati:
1. Tiada duit pun boleh berbelanja tetapi bagaimana?. Klik SINI bagi mengetahui.
2. Nak dapatkan ayam tandoori yang sedap?. Klik SINI
3. 7 extreme tips memikat suami paling win di abad ini...confirm melekat.. Klik SINI.

Monday, June 27, 2016

OMOK LAHIRKAN KOPERASI

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pukul 3 petang tadi, abam dapat whatsApp daripada Kak Zira, penjaga koperasi Kolej Komuniti Ledang Johor bahawa kucing yang selalu hadir di koperasi sudah beranak. Abam lekas turun ke koperasi, lihat kucing yang diberi nama 'Omok' sudah berada di dalam kotak dan telah melahirkan 2 ekor anak yang comel.

Lagak abam sebagai seorang lelaki sejati, mengusap kepala Omok. Omok keletihan baru melahirkan 2 ekor anak. Abam yakin ada lagi anak kucing yang tidak keluar kerana perut omok agak besar daripada bulus, kucing peliharaan abam di rumah.

Abam tunggu sambil mengusap kepala omok dan selepas 10 minit, betul sangkaan abam, omok melahirkan lagi seekor anak kucing. Abam dapat melihat sendiri proses kelahiran anak kucing itu di depan mata abam. Harap puasa abam tidak terbatal!!! hehe. Kelihatan omok malu-malu dengan abam. Maafkan abam omok!!

Kelihatan kak zira memberi sokongan dari jauh sambil meninjau abam kerana Kak zira takut pada darah.

"Omok...semangat ye"

"Omok...kuat ye"

Abam terdengar sorakan Kak Zira itu, abam rasa macam Kak Zira kutuk abam je, panggil abam gemuk heheh.

Selepas lama abam tunggu seperti tiada tanda-tanda ingin melahirkan anak lagi, abam pun memberi nama anak Omok iaitu Cikedis, Coklat dan Coop sempena kelahiran di dalam koperasi heheh

Selang 20 minit, kelihatan Omok seperti tidak selesa, macam hendak lahirkan anak lagi. Abam usap kepala Omok dan kata

"Push Omok"

"Push Omok"

Dan akhirnya secara rasmi, ada 4 ekor anak Omok. Maka abam tukar nama anak Omok menjadi Ko-Pe-Ra-SI. Semoga dengan kelahiran anak-anak Omok ini, Koperasi Kolej Komuniti Ledang menjadi lebih maju. Sesiapa nak tengok anak Omok kena beli tiket RM 1.00 satu hehehe. Baru la koperasi maju hehe.

NOTA
Kepada pelajar lepasan SPM, yang tidak tahu ingin sambung belajar di mana dan ingin menjadi juara, bolehlah menyambung pelajaran di Kolej Komuniti Ledang. Ada Sijil Pengoperasian Perniagaan, Sijil Kenderaan Ringan, Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara dan Sijil Pastri. Sesi Kemasukan pelajar sesi Julai 2016 telah dibuka. Ayuh, jangan ketinggalan!!!!

Sekian,

Facebook : KJ Kun
WeChat : kjkun86
Instagram: khairuljohari86
Call / SMS / WhatsApp : 0176807564

************************************

Pesanan Admin
1. Like Facebook KJ Brand bagi mengetahui produk-produk terbaru dari admin
2. Kepada penduduk sekitar Jasin dan Tangkak yang mencari cikgu/tutor subjek matematik dan matematik tambahan, boleh hubungi KJ di 0176807564. Tempat terhad dan bayaran berpatutan.

************************************

Anda juga mungkin meminati:
1. Tiada duit pun boleh berbelanja tetapi bagaimana?. Klik SINI bagi mengetahui.
2. Nak dapatkan ayam tandoori yang sedap?. Klik SINI
3. 7 extreme tips memikat suami paling win di abad ini...confirm melekat.. Klik SINI.

MAJLIS JASAMU DIKENANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pagi tadi, di ofis abam berlangsung satu program iaitu 'Majlis Jasamu Dikenang'. Majlis ini adalah bagi meraikan 3 orang staf yang juga sahabat abam berpindah ke Kolej Komuniti Kluang iaitu Encik Mohd Reza bin Md Tahir, Encik Md Hanafi Jais dan Encik M. Asri Bin Sa'adon.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan....

Encik Mohd Reza bin Md Tahir
Tiada lagi sahabat dan seteru abam dalam permainan Petanque. Selalu bersaing dan 'cari pasal' dengan abam dalam game petanque. Tiada lagi orang yang nak layan kerenah abam apabila menggunakan makmal komputernya. Tiada lagi orang yang nak membantu abam dalam melaksanakan kursus pendek di bawah Kluster Grafik dan Multimedia.

Encik Md Hanafi Jais
Tiada lagi sahabat yang nak membantu abam apabila menggunakan makmal. Tiada lagi sahabat yang dapat membantu abam mencari alat sains untuk pelajar faham dalam pembelajaran. Tiada lagi sahabat bola tampar

Encik M. Asri Bin Sa'adon
Tiada lagi sahabat/ pasangan bergu badminton. Tiada lagi sahabat yang selalu mengacau abam. Tiada lagi sahabat yang akan mengambil gambar abam dan membantu abam dalam kursus.

Perpisahan itu pastikan? Tiada kata yang dapat diucap kecuali selamat jalan dan selamat menjalani kisah baharu. Perpisahan itu kadang-kadang memberi sejuta hikmah disebaliknya.

NOTA
Kepada pelajar lepasan SPM, yang tidak tahu ingin sambung belajar di mana dan ingin menjadi juara, bolehlah menyambung pelajaran di Kolej Komuniti Ledang. Ada Sijil Pengoperasian Perniagaan, Sijil Kenderaan Ringan, Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara dan Sijil Pastri. Sesi Kemasukan pelajar sesi Julai 2016 telah dibuka. Ayuh, jangan ketinggalan!!!!

Sekian,

Facebook : KJ Kun
WeChat : kjkun86
Instagram: khairuljohari86
Call / SMS / WhatsApp : 0176807564

************************************

Pesanan Admin
1. Like Facebook KJ Brand bagi mengetahui produk-produk terbaru dari admin
2. Kepada penduduk sekitar Jasin dan Tangkak yang mencari cikgu/tutor subjek matematik dan matematik tambahan, boleh hubungi KJ di 0176807564. Tempat terhad dan bayaran berpatutan.

************************************

Anda juga mungkin meminati:
1. Tiada duit pun boleh berbelanja tetapi bagaimana?. Klik SINI bagi mengetahui.
2. Nak dapatkan ayam tandoori yang sedap?. Klik SINI
3. 7 extreme tips memikat suami paling win di abad ini...confirm melekat.. Klik SINI.

Saturday, June 25, 2016

SET MINDA ANDA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sesuatu kejayaan itu bermula daripada minda anda. Anda yang perlu set minda anda.

Anda ingin jadi apa?

Anda ingin berjaya macam mana?

Ini kerana masa hadapan yang cerah sentiasa di minda kita. Apa tanggapan anda, akan mempengaruhi tindakan anda sendiri.

Abam selalu akan marah pelajar abam, belum cuba sudah kata tidak boleh. Anda telah menghadkan keupayaan anda. Dan lagi satu yang abam pantang adalah sifat mudah putus asa, baru separuh perjalanan sudah 'give up'. Sebenarnya, sedar atau tidak, setiap persepsi yang bermain di minda kita boleh direalisasikan. Jadi set dan kuatkan minda kita. Tiada yang mustahil.

Abam selalu tanamkan dalam diri pelajar abam, kenapa orang lain boleh, tetapi bukan anda (dari sudut positif la). 

Kenapa orang lain boleh berjaya, tetapi tidak anda?

Kenapa orang lain boleh kaya, tetapi tidak anda?

Buang semua jawapan yang keluar yang anda rasa itu adalah alasan!!!! Berhenti memberi alasan.

Anda tengok video ini, semoga ia memberi inspirasi. Jika dia tidak set di minda dia, jika dia memberi alasan atas kekurangannya? adakah anda rasa, dia akan berjaya?

tekan gambar ini bagi melihat video penuh

NOTA
Kepada pelajar lepasan SPM, yang tidak tahu ingin sambung belajar di mana dan ingin menjadi juara, bolehlah menyambung pelajaran di Kolej Komuniti Ledang. Ada Sijil Pengoperasian Perniagaan, Sijil Kenderaan Ringan, Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara dan Sijil Pastri. Sesi Kemasukan pelajar sesi Julai 2016 telah dibuka. Ayuh, jangan ketinggalan!!!!

Sekian,

Facebook : KJ Kun
WeChat : kjkun86
Instagram: khairuljohari86
Call / SMS / WhatsApp : 0176807564

************************************

Pesanan Admin
1. Like Facebook KJ Brand bagi mengetahui produk-produk terbaru dari admin
2. Kepada penduduk sekitar Jasin dan Tangkak yang mencari cikgu/tutor subjek matematik dan matematik tambahan, boleh hubungi KJ di 0176807564. Tempat terhad dan bayaran berpatutan.

************************************

Anda juga mungkin meminati:
1. Siapa nak duit raya RM 85000 hanya dengan pergi pasar Ramadan?. Klik SINI bagi mengetahui Pasar Ramadan mana yang terlibat. Jom Serang!!!
2. Siapa nak pakej gambar keluarga bernilai RM 2000?. Klik SINI
3. 7 extreme tips memikat suami paling win di abad ini...confirm melekat.. Klik SINI.

Friday, June 24, 2016

MAAF

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pernah dengar lagu "Sorry seems to be the hardest word" ?

Maaf....Perkataan paling sukar diungkapkan. Betullah, bukan senang seseorang itu untuk merendahkan egonya bagi memohon maaf. Adakah anda berani seperti adik ini? Lihat video di SINI

Adik ini mengaku setiap kesilapan yang dia lakukan dan memohon maaf. Kita biasanya mengungkapkan secara umum kemaafan itu. Di hari lembaran yang semakin kunjung tiba ini, marilah kita saling memohon maaf dan memaafkan.

Dan ingatlah ungkapan maaf itu tidak semestinya menandakan kita bersalah dan pihak satu lagi betul, tetapi ia lebih kepada mementingkan perhubungan itu berbanding ego.Maaflah dalam erti kata sebenar, iaitu melupakan segala kesalahannya, bukan hanya sekadar di bibir dan diungkit kembali suatu hari nanti. Dan janganlah ia menjadi dendam.

Tekan gambar bagi melihat video penuh

Di kesempatan ini, abam ingin menyusun sepuluh jari andai kata dalam abam berblog ini ada mengguris mana-mana hati dan perasaan, abam meminta maaf. Abam juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya. Abam ucap awal-awal takut sudah sibuk beraya nanti hehe  

NOTA
Kepada pelajar lepasan SPM, yang tidak tahu ingin sambung belajar di mana, bolehlah menyambung di Kolej Komuniti Ledang. Ada Sijil Pengoperasian Perniagaan, Sijil Kenderaan Ringan, Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara dan Sijil Pastri. Sesi Kemasukan pelajar sesi Julai 2016 telah dibuka. Ayuh, jangan ketinggalan!!!!

Sekian,

Facebook : KJ Kun
WeChat : kjkun86
Instagram: khairuljohari86
Call / SMS / WhatsApp : 0176807564

************************************

Pesanan Admin
1. Like Facebook KJ Brand bagi mengetahui produk-produk terbaru dari admin
2. Kepada penduduk sekitar Jasin dan Tangkak yang mencari cikgu/tutor subjek matematik dan matematik tambahan, boleh hubungi KJ di 0176807564. Tempat terhad dan bayaran berpatutan.

************************************

Anda juga mungkin meminati:
1. Siapa nak duit raya RM 85000 hanya dengan pergi pasar Ramadan?. Klik SINI bagi mengetahui Pasar Ramadan mana yang terlibat. Jom Serang!!!
2. Siapa nak pakej gambar keluarga bernilai RM 2000?. Klik SINI
3. 7 extreme tips memikat suami paling win di abad ini...confirm melekat.. Klik SINI.

Thursday, June 23, 2016

SETIAP PERTEMUAN PASTI ADA PERPISAHAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini, 23 Jun 2016 adalah hari terakhir pelajar Kolej Komuniti Ledang mengambil peperiksaan sebelum bercuti lebih kurang 3 minggu sebelum naik semester baharu.

Bagi pelajar semester akhir, hari ini adalah hari terakhir berada di kolej sebelum menjalani latihan industri. Betullah ungkapan setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Bagi abam, sebagai seorang pensyarah, tipulah kalau tidak ada perasaan sedih. Setiap semester pasti akan terasa. Ini kerana kami di Kolej Komuniti Ledang adalah seperti satu keluarga besar, bukan sahaja masalah pembelajaran tetapi masalah percintaan, masalah kewangan, rumah sewa, disiplin, dan sebagainya dikongsi bersama. 

Bagi batch kali ini, abam terasa sedih sikit sebab abam rapat dengan batch ini, hampir semua abam kenal dan pernah bekerjasama, lebih-lebih lagi ketika abam urus kem pelajar semester akhir di kem biro tatanegara dan talentime / hari pensyarah dimana semua pelajar semester akhir terlibat.

Selain itu, pelajar-pelajar ini telah aktif dalam semua program daripada semester 1. Abam telah melihat banyak perubahan pada diri mereka semua. Pelbagai kenangan telah dicipta di Kolej Komuniti Ledang,dari pertandingan peringkat kolej sehingga antarabangsa. Dari tidak tahu pembentangan, sehingga dapat bentang di hadapan juri di pertandingan inovasi kebangsaan. Dari tidak tahu bercakap bahasa inggeris, terpaksa bercakap dengan pemain Brazil hehehe. 

Kelakarnya, apabila abam teringat perlu telefon atau datang ke rumah sewa bagi mengejut untuk ke kelas pada mulanya sehinggalah akhirnya anda semua berjaya menamatkan pembelajaran di Kolej Komuniti Ledang ini.

Ingatlah pada hari pertama, ibubapa anda menghantar anda ke Kolej Komuniti Ledang dengan 1001 harapan dan mengharapkan anda semua berjaya. Bagilah ibubapa anda menangis kegembiraan melihat anda berjaya di atas pentas Konvokesyen. Itulah saat manis abam berjaya melihat senyuman yang terukir pada wajah ibubapa abam. Abam bukan hendak anda menjadi seperti abam, tetapi sebagai seorang pensyarah mestilah hendak melihat anda lebih berjaya daripadanya. Abam selalu tersenyum apabila melihat ibubapa tersenyum bangga melihat anak-anak mereka menggenggam sijil semasa majlis konvokesyen.

Abam selalu berpesan kepada mereka semua, rebutlah segala peluang yang ada di kolej ini. Ini kerana peluang hanya datang sekali. Gilaplah mutiara yang ada dalam diri anda semua. Ini kerana tidak penting di mana anda bermula, yang penting di mana anda berakhir. Abam yakin, jika diberi peluang pasti anda ingin kembali ke zaman belajar, begitu jugalah dengan abam. Semoga anda semua berjaya di luar sana. Selamat menjalani latihan industri!!

Kepada anda diluar sana yang ingin sambung belajar, pilihlah Kolej Komuniti Ledang. Anda pasti seronok belajar disini.

NOTA KAKI

Abam tak sabar tunggu keputusan SPM Ulangan 2016 keluar. Ada beberapa orang pelajar abam mengambil peperiksaan ini. Kepada pelajar yang ingin tuisyen matematik (UPSR/ PT3/ SPM) dengan abam, bolehlah hubungi abam di 0176807564. 3 orang pelajar sudah berminat nak belajar dengan abam, ayuh daftar dengan abam, tempat terhad. Harga kawan-kawan abam beri!!!

Kepada pelajar lepasan SPM, yang tidak tahu ingin sambung belajar di mana, bolehlah menyambung di Kolej Komuniti Ledang. Ada Sijil Pengoperasian Perniagaan, Sijil Kenderaan Ringan, Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara dan Sijil Pastri. Sesi Kemasukan pelajar sesi Julai 2016 telah dibuka. Ayuh, jangan ketinggalan!!!!

Sekian,

Facebook : KJ Kun
WeChat : kjkun86
Instagram: khairuljohari86
Call / SMS / WhatsApp : 0176807564

************************************

Pesanan Admin
1. Like Facebook KJ Brand bagi mengetahui produk-produk terbaru dari admin
2. Kepada penduduk sekitar Jasin dan Tangkak yang mencari cikgu/tutor subjek matematik dan matematik tambahan, boleh hubungi KJ di 0176807564. Tempat terhad dan bayaran berpatutan.

************************************

Anda juga mungkin meminati:
1. Siapa nak duit raya RM 85000 hanya dengan pergi pasar Ramadan?. Klik SINI bagi mengetahui Pasar Ramadan mana yang terlibat. Jom Serang!!!
2. Siapa nak pakej gambar keluarga bernilai RM 2000?. Klik SINI
3. 7 extreme tips memikat suami paling win di abad ini...confirm melekat.. Klik SINI.

Wednesday, June 22, 2016

KURSUS MICROSOFT EXCEL DASHBOARD REPORTING

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semalam abam menyertai Kursus Microsoft Excel Dashboard Reporting yang di ajar oleh tenaga pengajar berpengalaman, Puan Zaidah, secara jujur abam memang tidak tahu kursus ini mengenai apa dan abam menyertainya kerana abam sudah selesai menjaga peperiksaan dan menanda kertas.

Kursus ini berjalan selama satu hari dari jam 8.00 pagi sehingga 5 petang. Banyak juga ilmu yang abam perolehi dan abam telah mendapat banyak idea untuk membuat projek inovasi. Jika anda ingin menyertai kursus ini pada harga yang murah dan berpatutan, hubungi segera Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Ledang di talian 06-9789295.

Ada pelbagai kursus pendek lain yang ditawarkan di Kolej Komuniti Ledang. Rugi anda melepaskan peluang keemasan ini!!

NOTA KAKI

Mana-mana pelajar yang hendak jawapan penuh soalan nombor 1 hingga 40 bagi kertas matematik 1 SPM Ulangan boleh menghubungi abam. Jawapan ini adalah rujukan pelajar abam. Kepada pelajar-pelajar lain yang ingin tuisyen dengan Abam, bolehlah hubungi nombor ini 0176807564 masih ada lagi beberapa kekosongan. Abam mengajar semua peringkat subjek Matematik (UPSR / PT3 / SPM). Keutamaan diberikan kepada pelajar yang duduk sekitar Jasin & Tangkak. Harga kawan-kawan abam beri!!!!