UCAPAN RAYA TUAN PENGARAH AMBILAN JULAI DI BUKA ALASAN...ALASAN...ALASAN STAF KKLJ BERAYA SALAM PERPISAHAN JOM LIKE FACEBOOK PAGE

Thursday, June 23, 2016

SETIAP PERTEMUAN PASTI ADA PERPISAHAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini, 23 Jun 2016 adalah hari terakhir pelajar Kolej Komuniti Ledang mengambil peperiksaan sebelum bercuti lebih kurang 3 minggu sebelum naik semester baharu.

Bagi pelajar semester akhir, hari ini adalah hari terakhir berada di kolej sebelum menjalani latihan industri. Betullah ungkapan setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Bagi abam, sebagai seorang pensyarah, tipulah kalau tidak ada perasaan sedih. Setiap semester pasti akan terasa. Ini kerana kami di Kolej Komuniti Ledang adalah seperti satu keluarga besar, bukan sahaja masalah pembelajaran tetapi masalah percintaan, masalah kewangan, rumah sewa, disiplin, dan sebagainya dikongsi bersama. 


Bagi batch kali ini, abam terasa sedih sikit sebab abam rapat dengan batch ini, hampir semua abam kenal dan pernah bekerjasama, lebih-lebih lagi ketika abam urus kem pelajar semester akhir di kem biro tatanegara dan talentime / hari pensyarah dimana semua pelajar semester akhir terlibat.


Selain itu, pelajar-pelajar ini telah aktif dalam semua program daripada semester 1. Abam telah melihat banyak perubahan pada diri mereka semua. Pelbagai kenangan telah dicipta di Kolej Komuniti Ledang,dari pertandingan peringkat kolej sehingga antarabangsa. Dari tidak tahu pembentangan, sehingga dapat bentang di hadapan juri di pertandingan inovasi kebangsaan. Dari tidak tahu bercakap bahasa inggeris, terpaksa bercakap dengan pemain Brazil hehehe. 



Kelakarnya, apabila abam teringat perlu telefon atau datang ke rumah sewa bagi mengejut untuk ke kelas pada mulanya sehinggalah akhirnya anda semua berjaya menamatkan pembelajaran di Kolej Komuniti Ledang ini.

Ingatlah pada hari pertama, ibubapa anda menghantar anda ke Kolej Komuniti Ledang dengan 1001 harapan dan mengharapkan anda semua berjaya. Bagilah ibubapa anda menangis kegembiraan melihat anda berjaya di atas pentas Konvokesyen. Itulah saat manis abam berjaya melihat senyuman yang terukir pada wajah ibubapa abam. Abam bukan hendak anda menjadi seperti abam, tetapi sebagai seorang pensyarah mestilah hendak melihat anda lebih berjaya daripadanya. Abam selalu tersenyum apabila melihat ibubapa tersenyum bangga melihat anak-anak mereka menggenggam sijil semasa majlis konvokesyen.


Abam selalu berpesan kepada mereka semua, rebutlah segala peluang yang ada di kolej ini. Ini kerana peluang hanya datang sekali. Gilaplah mutiara yang ada dalam diri anda semua. Ini kerana tidak penting di mana anda bermula, yang penting di mana anda berakhir. Abam yakin, jika diberi peluang pasti anda ingin kembali ke zaman belajar, begitu jugalah dengan abam. Semoga anda semua berjaya di luar sana. Selamat menjalani latihan industri!!

Kepada anda diluar sana yang ingin sambung belajar, pilihlah Kolej Komuniti Ledang. Anda pasti seronok belajar disini.


NOTA KAKI

Abam tak sabar tunggu keputusan SPM Ulangan 2016 keluar. Ada beberapa orang pelajar abam mengambil peperiksaan ini. Kepada pelajar yang ingin tuisyen matematik (UPSR/ PT3/ SPM) dengan abam, bolehlah hubungi abam di 0176807564. 3 orang pelajar sudah berminat nak belajar dengan abam, ayuh daftar dengan abam, tempat terhad. Harga kawan-kawan abam beri!!!

Kepada pelajar lepasan SPM, yang tidak tahu ingin sambung belajar di mana, bolehlah menyambung di Kolej Komuniti Ledang. Ada Sijil Pengoperasian Perniagaan, Sijil Kenderaan Ringan, Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara dan Sijil Pastri. Sesi Kemasukan pelajar sesi Julai 2016 telah dibuka. Ayuh, jangan ketinggalan!!!!


Sekian,

Facebook : KJ Kun
WeChat : kjkun86
Instagram: khairuljohari86
Call / SMS / WhatsApp : 0176807564

************************************

Pesanan Admin
1. Like Facebook KJ Brand bagi mengetahui produk-produk terbaru dari admin
2. Kepada penduduk sekitar Jasin dan Tangkak yang mencari cikgu/tutor subjek matematik dan matematik tambahan, boleh hubungi KJ di 0176807564. Tempat terhad dan bayaran berpatutan.

************************************

Anda juga mungkin meminati:
1. Siapa nak duit raya RM 85000 hanya dengan pergi pasar Ramadan?. Klik SINI bagi mengetahui Pasar Ramadan mana yang terlibat. Jom Serang!!!
2. Siapa nak pakej gambar keluarga bernilai RM 2000?. Klik SINI
3. 7 extreme tips memikat suami paling win di abad ini...confirm melekat.. Klik SINI.

No comments:

Post a Comment